Monday, 15 February 2016

VIDA BEAUTY



A profile of the Entrepreneur and the business
Usahawan bagi Vida Beauty adalah Dato' Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai, Dato' Dr.Vida sememangnya seorang yang tidak asing lagi namanya disekitar Perak ini kerana Beliau telah dikenali dengan penghasilan & kualiti produknya yang kian tersohor di tanah air kita. Beliau adalah anak kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini hampir 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Penang. 

Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat  PHD jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya dengan aliran Perniagaan ini, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau selaku guru dan beliau telah berusaha dengan jayanya. Dengan usaha beraninya itu,  beliau telah berjaya membuka sebanyak 38 cawangan di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan.

Pengorbanan karier beliau telah mendatangkan hasil yang amat berbaloi sehingga melayakkan beliau mendapat segala perancangan perniagaan yang beliau aturkan. Dengan susunatur organisasi dan segala percaturan niaga yang dibuat, beliau juga mengharapkan yang terbaik tak kira darisegi Pengguna, Pekerja, Perniagaan dan Rakan kerja niaganya seperti puluhan Stokis, Pemborong dan ratusan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei yang banyak membantu beliau dalam perjalanan syarikat beliau sehingga kini.

Vida Beauty merupakan sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh Vida Beauty adalah setaraf dengan produk-produk keluaran lain dipasaran malah produk Vida Beauty adalah yang terbaik. Ramai yang telah mencuba produk-produk tersebut malah mereka juga berpuas hati dengan hasilnya..

Tidak hairanlah jika di katakan produk keluaran VidaBeauty menjadi pilihan setiap orang. Kini akibat permintaan yang ramai dari pelanggan  bagi  setiap pelusuk negara, Vida Beauty  telah menambahkan beberapa cawangan baru dan jumlah pengedarnya  semakin bertambah hari demi hari. Banyak testimoni dari pengguna-pengguna produk Vida Beauty yang menunjukkan kepuashatian mereka terhadap keberkesanan produk Vida Beauty yang telah mereka gunakan.

A brief introduction of how the business started.        
Vida Beauty telah ditubuhkan pada 01hb Disember 2006 secara kecil-kecilan dan telah bermula mengembangkan sayap niaganya secara meluas pada 01hb Mei 2008. Vida Beauty telah memulakan sesuatu yang menjadikan syarikatnya mempunyai imej dan pakaian seragam pekerja yang melambangkan syarikatnya. Tema warna juga telah memainkan peranan penting dalam usaha memperkenalkan atau memasarkan produk kepada pengguna. Dan dengan pendekatan ini, hasil yang memberansangkan daripada galakan dan sokongan padu semua, terutamanya organisasi syarikat Vida Beauty sendiri.
  
How the business gained success etc
Dengan adanya perancangan yang teratur dan berkesan, Vida Beauty telah berjaya mempunyai 38 cawangan di beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan, Penang, Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur. Setakat ini, Vida Beauty telah mempunyai seramai 120 orang tenaga pekerja yang berkelulusan dan berdaya kental dalam membantu meningkatkan sasaran yang di aturkan oleh pihak pengurusan syarikat.

Bagi syarikat Vida Beauty Pekerja Vida amat memberikan komitmen yang jitu dalam mencapai matlamat yang telah di maklumkan oleh pihak pengurusan Vida dari masa ke semasa demi menaikkan nama Vida Beauty dan seterusnya mengembangkan lagi sayap niaga Kosmetik dan Kesihatan Vida Beauty ke taraf yang Global dan International tak kira dari segi pengiklanan, pemasaran, perniagaan Alam Maya mahupun Jualan secara promosi melalui persembahan program mengikut perubahan yang positif Misi yang dicaturkan oleh Pengurusan Vida Beauty sendiri.

Tanpa kekuatan yang jitu, segala yang dirancang dan diusahakan tidak berhasil dengan jayanya sepertimana kekuatan organisasi, disamping mengeluarkan produk yang berkualiti dan berkhasiat yang amat baik untuk semua pengguna. Bagi Vida Beauty, tiada apa yang mustahil untuk dilaksanakan selain daripada menjanjikan yang terbaik bagi setiap penghasilan produk yang telah di lahir serta zahirkan.

Vida beauty mempunyai banyak cawangan dan akan mengembangkan lagi sayap niaga Kosmetik dan Kesihatan Vida Beauty ke taraf yang Global dan International tak kira dari segi pengiklanan, pemasaran, perniagaan Alam Maya mahupun Jualan secara promosi melalui persembahan program mengikut perubahan yang positif Misi yang dicaturkan oleh Pengurusan Vida Beauty sendiri. 

Sumber :
http://zaidi-tarantula.blogspot.my/p/p.html

No comments:

Post a Comment