HALWA ROSELLE RMZ
Mengandungi khasiat untuk menghilangkan narkotin dalamkerongkong seseorang perokok. selain boleh dimakan segera ia juga boleh di jadikan perisa pada kek dan biskut. Halwa yang di keluarkan oleh syarikat kami bebas daripada semua jenis bahan kimia merbahaya, ia sesuai di makan oleh semua peringkat umur samada kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga emas.
Khasiat roselle
1. Anti Penuaan.
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular.
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan
meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser.
Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema.
Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma).
Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur.
Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit.
Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain
Amat baik utk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.
DURIAN BELANDA SOURSOP RMZ
Jus durian belanda mengandungi karbohidrat, kaya dengan Vitamin B1 dab B2 yang menjadikan ia sesuai diminum seisi keluarga.
Info dan Khasiat Durian Belanda
Buah Durian Belanda Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama “belanda” pada durian ini dan variasinya disebabkan ianya dibawa masuk ke Asia Tenggara pemerintah
Khasiat Durian Belanda
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Durian Belanda yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Annona muricata L, Durian Belanda, durian sayur, durian selat, menambah tenaga batin, Mencegah kanser, mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan, mengubati kencing manis, merawat sakit kerongkong.
ROSBERRY KORDIAL ROSELLE RMZ
Mengandungi sumber vitamin C semulajadi. kandungannya adalah lebih tinggi dari yang terdapat pada buah jambu dan dua kali ganda yang terdapat pada buah anggur hitam malahan jauh lebih tinggi daripada
oren dan buah citrus yang lain.
Selain vitamin C semulajadi jus roselle rosberri juga mengandungi vitamin B1,B2 dan D yang menjadikannya minuman untuk seisi keluarga.
ROSELLE TALAMANSI CONCENTRATED RMZ
Roselle dicampur limau kasturi.
Untuk rasa yang lebih enak dan berkhasiat.
Info Tambahan :
Hibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok rcselle, di kalangan penduduk tempatan dikenal: sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang men- dakwa ia berasal dari India. Di negara ini, roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor,
Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3 meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun, mempunyai banyak kegunaan tetapi penyalut buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.
Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid den antosianin, A ntos ianin adalah pigmen yang memberi warna kemenhan kepada roselle. Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil se- cara berterusan.
Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.
Penyalut bunga roselle boleh diproses untuk dijadikan hasilan makanan/minuman seperU kordial, pati, jem, halwa, puri dan ser- buk. Malahan kepada pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri. Selain menjadi nilai tambah hasilan lain seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.
MINUMAN ASAM JAWA RMZ
Minuman asam jawa yang baik untuk kesihatan.
Sesuai untuk seisi keluarga.
Kandungan kimia:
Buah mengandung vitamin A; zat gula; selulosa; asam-asam yang terikat oleh kalium; tartrat; gula invart; pektin.
Khasiat:
Laksan; Analgesik; Diaforitik; Laksatif
Kegunaan :
Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya.
Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi).
Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.
MINUMAN ROSELLE POUCH RMZ
Juga adalah air segera yang di hasilkan oleh kilang kami untuk tujuan yang lebih komersial. bentuknya adalah sama dengan ribena blackcurrent ia bukanlah bertujuan mengelirukan pengguna tetapi ini adalah bertujuan untuk lebih mengkomersialkan lagi air roselle keluaran syarikat kami dalam kalangan pengguna dan menggalakkan pengguna meminum minuman kesihatan yang mana kandungan vitamin C yang terdapat pada roselle adalah lebih tinggi daripada kandungan vitamin C yang terdapat pada ribena blackcurent.
Pouch ini bernama Fruit2O di bekalkan kepada syarikat MAVORS(malaysian flavors) melalui satu usahasama antara syarikat kami dan MAVORS selepas jus/kordial kami menjuarai beberapa siri pertandingan di peringkat kebangsaan.
MINUMAN ROSELLE TALAMANSI RMZ
Roselle dicampur limau kasturi. Untuk rasa yang lebih enak dan berkhasiat
MINUMAN RTD ROSELLE RMZ
Rasa roselle asli. Kaya dengan vitamin C.
RTD( Ready To Drink)
ataupun sedia untuk di minum adalah satu lagi produk keluaran daripada syarikat kami, ia di sediakan dalam bentuk botol kecil untuk kemudahan pengguna seperti untuk majlis rasmi,riadah,berkhemah dan sebagainya. Yang mana boleh memuatkan 250ml air roselle segera. RTD ini sesuai di minum dalam semua jenis keadaan sejuk mahupun panas...RTD bertambah menyegarkan jika di letakkan dalam peti ais.
SOS CHILLI ROSELLE RMZ
Di buat dengan menggunakan ramuan yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk udang, burger, ayam goreng, mee, daging bakar, keropok dan sebagainya. ia dibuat dengan ditambah roselle sebagai ramuan tambahan bagi menjadikan sos yang dihasilkan berkhasiat selari dengan gaya hidup yang sihat.
No comments:
Post a Comment