Sunday 14 February 2016

FAMA/AGROMAS





Latar Belakang :
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.

Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:
- Sayur-sayuran
- Buah-Buahan
- Bijiran dan Herba
- Ternakan dan Akuakultur

Fungsi -Fungsi Utama FAMA ialah:
- Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan
- Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia
- Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan
- Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian dan
- Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Visi 
Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian.

Misi 
Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Objektif
- Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan.
- Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan.
- Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara.
- Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.

Fungsi-fungsi Utama
- Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan / agensi kerajaan.
- Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia.
- Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan /agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan.
- Membangukan dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian, dan
- Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.

No comments:

Post a Comment