Sunday, 14 February 2016

MUNIF HIJJAZ MARKETING SDN. BHD



Syarikat Munif Hijjaz Sdn Bhd
Syarikat Munif Hijjaz Sdn Bhd (879004-X) telah diasaskan oleh Ustaz Munif Bin Ahmad merangkap Pengarah Syarikat bersama rakan kongsinya Encik Abdul Malek Bin Manap yang bertindak sebagai  Pengarah Urusan bagi syarikat ini. Syarikat ini mula beroperasi pada awal bulan Januari 2010 dan berkembang sehingga ke hari ini.

Lintasan Idea
Penubuhan Munif Hijjaz Sdn Bhd adalah bertitik tolak semasa Ustaz Munif Bin Ahmad dan Encik Abdul Malek Bin Manap bertemu semasa mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah pada April 2009.

Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd (932753-X) 
Diambil sempena nama salah seorang pengasas iaitu Munif Bin Ahmad; dimana beliau juga adalah salah seorang penyanyi nasyid utama Kumpulan Hijjaz.

Visi Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
Menjadi peneraju utama syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk-produk halal di Malaysia dan seterusnya berkembang pesat sejajar dengan slogan Munif Hijjaz Sdn Bhd “Simbol Tanpa Keraguan”.

Misi Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
Bertanggungjawab secara telus dan jujur untuk  memastikan setiap produk yang kami perkenalkan tidak bercanggah dengan Syariat Islam.
Pihak kami juga akan memastikan semua pengguna produk keluaran kami pada masa kini dan akan datang tidak akan merasa ragu-ragu atau was-was untuk menjadikan produk kami sebagai pilihan utama mereka.

Objektif Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
Adalah untuk memperkenalkan penjenamaan baru bagi pasaran Malaysia di bawah label jenama “Munif Hijjaz” untuk pelbagai produk. Telah menjadi trend di pasaran negara kita sekarang ini di mana konsep HALAL dan ISLAMIK telah mendapat tempat di hati pembeli terutama syarikat yang diasaskan oleh usahawan Bumiputera.

Sumber :
http://www.munifhijjaz.com/index.php?route=common/home

No comments:

Post a Comment