Sunday 28 February 2016

AZIZAH NIAGA


HAFIDZ GOAT PLUS 9
Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu.

Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa.

Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12 dan potassium.

Manfaat daripada susu kambing
Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu. Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.

Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam. Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning dan membantu pesakit anemia.

Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah. Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w. Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.


Makanan untuk kecerdasan otak
Selain itu, kismis juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama. Ia kaya garam mineral dan vitamin seperti magnesium, kalsium, zat besi, vitamin B,C dan K yang baik untuk sistem saraf, otot dan memberikan tenaga.

Penawar kepada segala macam penyakit
Habbatus sauda sering ­digunakan dalam perubatan Islam kerana ia mengandungi khasiat yang mujarab. ­Seiring dengan hadis Nabi yang mengesyorkan umat Islam untuk mengamalkannya, ramai yang mengambilnya sebagai penawar kepada pel­bagai jenis penyakit. Ini kerana habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel ­tumor.

Khasiat dari gam arab
Gam Arab adalah gam semula jadi yang terhasil daripada getah pokok yang boleh dijumpai di Asia Barat dan Afrika. Ia kaya dengan serat yang mampu menstabilkan masalah kontraksi usus kecil. ia juga mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit.

Buah delima yang kaya dengan antioksidan
Buah delima adalah buah yang berkhasiat dan baik ­untuk membantu menyihat­kan badan. Ia mengandungi bahan antioksidan (flavonoids) yang boleh melindungi sel kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam. Menikmati segelas susu kambing yang segar adalah sesuatu yang agak jangkal dilakukan suatu ketika dulu. Kini, semua telah mengetahui kelebihan yang terkandung di dalam susu kambing.

Dengan tambahan makanan-makanan lain seperti kismis, delima, gam arab, madu, kurma, habatussawda, saffron, buah tin, dan zaiton, ia menjadi minuman kesihatan yang ­lengkap untuk seisi ­keluarga.

Susu Ane’s Hafidz Goat Plus 9™ pilihan yang amat sesuai. Bertukarlah sekarang!!!

No comments:

Post a Comment