Sunday 14 February 2016

TOK GURU PONDOK (TGP) ENTERPRISE


Produk minuman ini telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan beroperasi di negeri 'Serambi Mekah', Kelantan Darul Naim. Penasihat Produk Tok Guru Pondok ialah Ustaz Nik Abd Rahim bin Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dari Maahad Darul Anuar, Kg Pulau Melaka. Anak kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Kami menawarkan produk-produk minuman berjenama Tok Guru Pondok yang berasaskan kepada '8 Makanan Sunnah' iaitu antara makanan yang terbaik yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW. Makanan sunnah tersebut ialah kurma, kismis, za'faran, madu lebah, buah delima, buah zaitun, buah tin dan habbatus sauda' yang telah diperakui mempunyai khasiat yang tinggi. Makanan-makanan terbaik ini diadun dan diekstrak dengan formula-formula yang terbaik dan teliti bagi menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi.

Segala proses adunan ekstrak dan pembungkusan minuman Tok Guru Pondok dijalankan di kilang yang diiktiraf halal serta mempunyai taraf GMP/APB (Good Manufacturing Practice) / (Amalan Perkilangan Baik) bagi menjamin hasil keluaran yang halal, selamat serta bermutu. Semua produk Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit. Oleh itu, produk ini TIDAK BOLEH DILANGKAH kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualitinya.

Sebahagian dari keuntungan yang dijana dari jualan produk Tok Guru Pondok akan disumbangkan kepada Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka dan sekolah-sekolah agama. Selain itu, sumbangan juga akan disalurkan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan fakir miskin, insya Allah. Ini bermakna setiap kali anda membeli produk Tok Guru Pondok, anda juga menyumbang secara tidak langsung kepada mereka yang memerlukan.

Sumber :
http://anekakopidoa.blogspot.my/2010/07/produk-kegemaran-ramai-2-kopi-susu.html

1 comment:

  1. Saya nak beli susu kambing bagaimana cara nak mendapatkannya

    ReplyDelete