Al Jannah Global Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% milik Bumiputera. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Dato Zulkifli Md. Isa selaku Pengerusi Eksekutif Al Jannah Global Marketing Sdn Bhd (AJGM). Syarikat ini memberi fokus kepada pengeluaran dan pemasaran produk yang berasaskan Herba Mahkota Dewa seperti Kopi Pracampuran Al Jannah Mahkota Dewa 14 Dalam 1, Pracampuran Ekstrak Mahkota Dewa Berperasa Sirap Ros dan Pracampuran Ekstrak Mahkota Dewa Berperasa Oren.
Semua produk yang dikeluarkan oleh AJGM ini juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sijil Halal (JAKIM), Chemical Engineering Pilot Plant - CEPP (UTM), Chemical Laboratory (Malaysia) Sdn. Bhd (CHEMLAB), Lesen Jualan Langsung (KPDNKK) dan syarikat juga turut mendapat sokongan daripada SME BANK dan UTM.
AJGM juga memberi keutamaan untuk melahirkan usahawan yang berjaya dengan dengan pelan pemasaran yang terbaik yang direka khas bagi memenuhi kehendak pasaran. Pelan pemasaran yang dijalankan dapat memberi keuntungan kepada usahawan dan juga syarikat atau disebut juga, “win-win situation”.
Dengan usaha yang dinamik, rajin dan progresif tanpa mengira latar belakang bangsa, umpama kata pepatah Inggeris, “Think Big, Start Small”, semoga matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan AJGM ini akan tercapai. Inn Sya Allah..
Sumber :
http://aljannah2u.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment