ABOUT US

PROFIL SYARIKAT / SEJARAH & MAKLUMAT LATAR BELAKANG "AL-AMIN BAROKAH ENTERPRISE”:



"
 "Al-Amin Barokah Enterprise" telah ditubuhkan pada 24 April, 2014, di bawah no pendaftaran syarikat TR0104748-D, dan no pendaftaran GST 000715362304. Tempat utama perniagaannya di 1019-B, Jalan Sultan Sulaiman, 2000 Kuala Terengganu, Terengganu. Al-Amin Barokah Enterprise telah diusahakan dan diasas oleh seorang anak muda, Mohd Aminuddin bin Awang Ludin pada usia 24 tahun.

Syarikat ini telah ditubuhkan sebagai satu perniagaan untuk menjadi pengedar dan pemasar utama produk-produk yang dihasilkan oleh masyarakat muslim. Al-amin Barokah Enterprise mempunyai 8 orang pekerja tetap masing-masing ditempatkan di bahagian jualan, pemasaran, pengiklanan, pembantu am, penghantaran dan gudang. Al-amin Barokah mempunyai lebih 100 orang pemborong dan pengedar di seluruh Malaysia.

Al-Amin Barokah Enterprise memasarkan 100% produk-produk keluaran muslim. Lebih 300 jenis produk keluaran muslim telah dipasarkan dan mendapat sambutan daripada pelbagai golongan. Antaranya produk-produk makanan & minuman, ubat-ubatan berasaskan herba, penjagaan diri, penjagaan rumah, pelbagai produk kecantikan & kesihatan. Al-amin Barokah Enterprise menyediakan belian secara borong serta runcit dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barang terus ke rumah atau ke kedai. Al-Amin Barokah Enterprise juga menyediakan jualan secara online.

Al-Amin Barokah Enterprise juga telah mengeluarkan beberapa produk keluaran syarikat antaranya :
1. Pati Minyak Zaitun Olive Gold
2. Pati Delima
3. Cuka Delima 
4. Cuka Epal
5. Cuka Kurma
6. Madu Asli
7. Madu Asli Barokah
8. Madu Sidir
9. Serbuk Tanah Liat 

Al-amin Barokah Enterprise memasarkan lebih 300 jenis produk-produk halal keluaran syarikat dan produk-produk keluaran muslim lain antaranya produk-produk keluaran HPA Industries Sdn Bhd, Muslimah Manufacturing Sdn Bhd, Al-Jannah Global Marketing Sdn Bhd, HR Marketing Sdn Bhd, Gle Centre Enterprise, Yusmira Trading Sdn Bhd, Islam Manufacturing Practice Sdn Bhd, Fama/Agromas, Halagel Products Sdn Bhd, Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Farmers River International Sdn Bhd, Raz Signature Cottage (Cravelicious), RMZ Products Sdn Bhd, Berkat Utama Trading, Gau Baru Sdn Bhd, Bidara Flour Sdn Bhd, Tok Guru Pondok (TGP) Enterprise, Superbest Power Sdn Bhd, Nur Faez Enterprise, Pertima Terengganu Sdn Bhd, NRZ Food Industries & Suppliers, Hajar Hijrah Sdn Bhd, Snt Duha Enterprise, Zainun Food Industry, Perusahaan Azharazad, DAS (DR Aishah Solution), World Marketing Work (WMW), PFM Exclusive Network, Koperasi Hilal, Ameen Saffron, Vida Beauty, Misyam Sdn Bhd, Wildan Niaga, Lazz Ain Marketing, NBC Marketing, Zat Gemilang Enterprise, Savanah Marketing, Fortune Resources, Almas Beauty & Health, Koko Minda Food Industries Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Misi:
  • Al-Amin Barokah Enterprise berusaha memasarkan pelbagai produk Halal untuk memenuhi keperluan harian dan isi rumah.
  • Al-Amin Barokah Enterprise berusaha mengeluarkan dan membekal produk-produk halal di Malaysia.
  • Al-Amin Barokah Enterprise berusaha membantu masyarakat muslim untuk mencari produk-produk halal.

Visi:
  • Al-Amin Barokah Enterprise komited untuk membantu para pemborong dan pengedar untuk memasarkan produk muslim.
  • Al-Amin Barokah Enterprise komited untuk menjadi pengeluar dan pengedar utama produk Halal/Muslim di seluruh Malaysia.
  • Al-Amin Barokah komited untuk meluaskan pasaran produk-produk muslim ke seluruh Malaysia.

Objektif:
  • Memasarkan produk halal sebagai satu alternatif kepada masyarakat muslim untuk membuat pilihan dan menggantikan produk bukan muslim di pasaran.
  • Membantu membekal produk-produk muslim/halal secara setempat kepada pemborong atau pengedar.
  • Membantu memperluaskan pasaran produk-produk muslim di seluruh Malaysia.

2 comments:

  1. Saya rasa sajadiah hai o marketing bukan kepunyaan orang Islam. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy setuju tu, awas dlm menyenaraikan produk halalalan toiyyiban... musuh mengaburi dengan nama2 islamik... namun tahniah tuan pejuangkan produk Muslim!

      Delete